CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selamat Datang

Blog ini adalah mengenai perbincangan dan pendapat tentang perkembangan bolasepak, Liverpool FC terutamanya. Pengunjung-pengunjung blog ini dialu-alukan untuk memberi komen atau pendapat mengenai Liverpool FC, kelab-kelab lain atau perkembangan bolasepak..terima kasih. Sebarang pendapat atau komen anda amatlah dihargai.

Tuesday, May 18, 2010

Piala Dunia 2010

Kurang sebulan lagi demam piala dunia di Afrika Selatan akan bermula. Rata-rata peminat bolasepak dunia sudah tidak sabar-sabar lagi menanti demam yang hanya melanda 4 tahun sekali ini. Setiap peminat sudahpun memilih pasukan pilihan. Kebanyakkan dari peminat tanah air masih meminati pasukan-pasukan pilihan seperti Brazil, England, Argentina, Itali dan lain-lain.

Bercakap mengenai pasukan-pasukan ini, Brazil telahpun merombak pasukan mereka, jurulatih Dunga mengekalkan pasukan yang bermain pada pusingan kelayakan. Bintang-bintang seperti Ronaldhino dan Ronaldo (Luis Nazario) dilihat diketepikan walaupun prestasi mereka masih dilihat agak bagus namun Dunga melihatnya dari sudut yang lain. Brazil walaupun agak perlahan sedikit ketika ini, namun mereka adalah kuasa besar di dalam arena bolasepak Amerika Selatan dan dunia. Pasukan-pasukan seperti ini adalah sukar untuk dijangkakan. Sukar untuk mengatakan yang mereka sudah hilang taring.

England pula bergelut di dalam kumpulan yang dilihat agak sukar. Walaupun dengan terdapatnya pemain-pemain seperti Wayne Rooney dan pemain-pemain bintang yang lain, konsistensi pasukan ini agak goyah.

Bagi Argentina, jurulatih Diego Maradonna pula sedang dalam proses membuktikan yang beliau layak sebagai seorang pengurus pasukan. Ramai yang mengatakan beliau tidak mampu menjadi pengurus yang baik walaupun ramai yang mengetahui beliau adalah seorang pemain yang hebat di zaman nya dan tiada sesiapa pun yang tidak mengenali nya serta jaringan 'tangan tuhannya'. Dengan kehadiran pemain-pemain seperti Lionel Messi, Sergio Aguero dan lain-lain, Argentina yang baru ini dilihat memiliki beberapa kelebihan yang tidak dimiliki oleh pasukan lain. Mampukah Messi membawa Argentina ke tahap yang sama seperti yang pernah dilakukan oleh jurulatihnya sebelum ini?

Selain dari pasukan-pasukan tadi, saya agak tertarik dengan perkembangan pasukan Sepanyol. Sepanyol yang juga juara piala Eropah 2008 diletakkan sebagai pasukan pilihan bersama-sama pasukan lain tadi. Dengan kehadiran pemain-pemain yang rata-ratanya bermain untuk kelab-kelab elit di dunia, Sepanyol patut diletakkan dalam pasukan yang mungkin akan menjuarai Piala Dunia kali ni, walaupun penyerang Liverpool Fernando Torres masih bergelut untuk dapat beraksi pada perlawanan pembukaan, kehadiran pemain lain seperti David Villa, Joan Capdevilla, Gerard Pique, Iniesta, Xavi, Casillas dan lain-lain. Kebanyakkan pemain-pemain ini pernah bermain pada piala Eropah lalu dan mereka bermain dengan kelab-kelab ternama seperti Real Madrid dan Barcelona. Namun, seperti pasukan-pasukan lain, mereka juga perlu sentiasa mengekalkan konsistensi jika ingin merebut kejuaraan. Jika Fernando Torres kembali cergas dan David Villa berada di tahap aktif, pasangan penyerang terbaik Eropah ini pasti akan menggegarkan Afrika Selatan.

Tuesday, May 11, 2010

Musim Yang Penuh Cabaran.

Setelah lama tidak menulis tentang perkembangan Liverpool dan kerenah liga bolasepak sekarang, akhirnya saya tergerak hati untuk menulis semula di dalam blog yang telah agak lama saya tinggalkan ini akibat kekurangan masa dan kelembapan situasi sekarang.

Apa yang menarik minat saya kali ini adalah mengenai piala dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi dan tamatnya liga Inggeris untuk musim ini. Seperti yang dijangka (walaupun tidaklah terlalu pelik) Chelsea berjaya merangkul gelaran juara dengan mata tipis mendahului MU. Ini bermakna, MU masih belum dapat mengatasi Liverpool dengan berkongsi 18 kali gelaran liga. Buat masa ini, gelaran kelab yang paling berjaya di Eropah masih kekal di Anfield. Liverpool pula hanya mampu menamatkan musim dengan tangga ke tujuh dan tanpa sebarang gelaran. Liverpool akan bermain untuk kelayakan piala Europa pada bulan Julai ini dan dari pandangan saya, ini merupakan satu tekanan dimana Liverpool juga perlu bersedia untuk perlawanan persediaan sebelum bermulanya musim baru.

Pencapaian Liverpool pada musim ini dilihat biasa sahaja. Tidaklah terlalu teruk jika seseorang itu telah mengikuti perkembangan Liverpool untuk sekian lama. Pencapaian Liverpool untuk musim ini bolehlah dikatakan 'biasa-biasa' sahaja. Dengan penyerang Fernando Torres yang sering mengalami kecederaan dan prestasi kapten Steven Gerrard yang agak hambar, Liverpool dilihat seperti hanya bergantung kepada pemain utama sahaja. Faktor kekurangan penyerang yang berpengalaman agak menyukarkan Liverpool meraih mata dengan hanya bergantung kepada pemain muda yang kurang pengalaman. Liverpool perlukan lebih pemain yang berpengalaman dan boleh berharap semasa ketiadaan pemain-pemain utama. Seperti contoh, apabila ketiadaan Torres, Liverpool seperti kehilangan arah untuk menyerang. David Ngog adalah pemain muda yang berbakat tetapi masih kurang pengalaman, beliau perlu bergantung kepada pemain lain. Tidak seperti Torres, pemain-pemain lain bergantung kepadanya.

Ketiadaan pemain penyerang lain dilihat seperti Liverpool bermain tanpa penyerang buat masa ini. Musim hadapan adalah diharapkan Liverpool dapat mencari pengganti sekiranya mereka bermain tanpa pemain-pemain utama.

Thursday, September 10, 2009

Saingan Baru EPL

Musim 2009/2010 kali ini memperlihatkan pelbagai kejutan dari segi pasukan dan setiap saingan yang ditunjukkan. Kelab-kelab seperti Liverpool, MU, Chelsea dan Arsenal kini berdepan dengan kelab-kelab baru yang agak mengejutkan baik dari segi permainan mahupun dari segi konsistensi. Kelab-kelab lama seperti Manchester City (terutamanya), Tottenham Hotspurs, Aston Villa dan lain-lain dilihat bagai mahu mengubah persepsi masyarakat yang selama ini menganggap EPL hanya dikuasai oleh empat kelab gergasi sahaja (big 4).

Pada perlawanan pembukaan, peminat-peminat bolasepak Inggeris sudahpun dikejutkan dengan kekalahan MU 0-1 kepada pendatang baru iaitu Burnley dan diikuti dengan kekalahan Liverpool kepada Spurs. Kelab lain seperti Man City dilihat semakin garang dengan barisan pemain baru mereka yang dilihat memiliki banyak pengalaman bermain bersama kelab-kelab besar sebelum ini.

Setakat ini hanya satu dari empat kelab gergasi yang masih mempertahankan status mereka. Chelsea masih kekal di tangga teratas liga dengan 12 mata dari 4 perlawanan. Arsenal sudahpun menjadi pasukan pertama bersama-sama MU membuka tirai sebagai perlawan Big 4 yang pertama dengan berkesudahan 2-1 dimana Arsenal tewas.

Walaupun saingan liga baru sahaja bermula tetapi telah banyak kejutan yang berlaku. Mungkin ini adalah musim yang paling hebat yang ditunggu-tunggu ataupun mungkin juga ini adalah musim yang paling membosankan untuk peminat-peminat Big 4?

Tuesday, August 25, 2009

Permulaan Yang Tidak Disangka

Rekod tanpa kalah Liverpool di tempat sendiri akhirnya tamat juga apabila tewas 3-1 dengan Aston Villa semalam. Kekalahan yang amat tidak dijangka ini bagai mendesak Liverpool untuk mencari jalan di manakah kekurangan dalam rentak permainan mereka. Bermula dengan kekalahan 2-1 di tangan Spurs pada permulaan saingan liga, Liverpool bangkit semula dengan menewaskan Stoke City 4-0 di gelanggang lawan.

Kekalahan ini bermula apabila Lucas Leiva terjaringkan gol sendiri pada minit ke 34. Kemudian ini disusuli pula dengan jaringan Curtis Davis pada minit ke 45. Fernando Torres menjaringkan gol pertama tuan rumah dan apabila Liverpool dilihat mampu untuk bangkit semula, Steven Gerrard menjatuhkan Nigel Reo-Coker di dalam kotak penalti dan disempurnakan oleh Ashley Young.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez berkata, Liverpool perlu menang dalam perlawanan menentang Bolton minggu hadapan. Kesan dari kekalahan hanya dapat ditangani dengan kemenangan.

Ramai yang berpendapat Liverpool mungkin tidak sehebat musim lalu tetapi musim ini baru sahaja bermula dan pelbagai perkara boleh berlaku di tengah-tengah musim. Liverpool kini mengumpul 3 mata dalam 3 perlawanan dan berada di tangga ke 11.

Thursday, July 9, 2009

Dilema Owen


Awal bulan ini, liga bolasepak Inggeris dikejutkan dengan perpindahan seorang bintang, Michael Owen dari Newcastle United ke Manchester United dengan kontrak selama 2 tahun. Satu perpindahan yang agak mengejutkan buat peminat-peminat liga bolasepak Inggeris, Liverpool terutamanya selain dari berita perpindahan bintang mereka Cristiano Ronaldo dan bintang AC Milan, Kaka ke Real Madrid.
Ramai penyokong-penyokong Liverpool termasuk saya sendiri, tidak menyangka seorang pemain yang dibesarkan dengan label Liver Bird di dadanya, sanggup menyertai pasukan yang menjadi musuh tradisi tempatnya dibesarkan. Sungguhpun dilihat semua ini sebagai satu permulaan yang baik bagi memperbaiki karier bolasepak owen, rata-rata Owen dilihat lebih mementingkan hak peribadinya sendiri.
Owen sepatutnya lebih memberi perhatian pada kelab lamanya dan lebih menghormati penyokong-penyokong Liverpool yang sentiasa menyokongnya walaupun beliau tidak lagi bermain untuk The Reds. Perpindahannya ke United ibarat mengkhianati kariernye sendiri dan ibarat statusnya sebagai salah seorang lagenda The Reds yang sebaris dengan Robbie Fowler dan yang lain-lain, tidak membawa sebarang erti baginya.
Owen, 30, berkata, 'ini ada peluang yang hebat bagi saya dan saya akan menyambutnya dengan kedua-dua belah tangan.
Owen sepatutya lebih menghormati penghormatan yang diberikan dari penyokong-penyokong Liverpool kepadanya. Saya sendiri sebagai salah seorang peminat Michael Owen kini kehilangan rasa itu dalam sekelip mata. Owen bukan lagi seorang lagenda The Reds, kini dia dilihat sebagai seorang pembelot The Reds.
Liver Bird di dadanya telah pun terbang pergi.

Monday, May 18, 2009

MU Lagi !!?


Setelah menempuhi satu musim liga yang penuh cabaran, akhirnya takhta liga jatuh ke tangan Manchester United (lagi). Agak mengecewakan saya sebagai seorang peminat Liverpool melihat pasukan saya yang berjuang bersungguh tetapi terpaksa berpuas hati di tangga kedua walaupun masih berbaki satu perlawanan.
Arsenal dilihat bagai dihina oleh MU yang mencatat keputusan seri tanpa jaringan sabtu lalu. Mengikut tahap permainan, MU sepatutnya boleh mencatat keputusan sekurang-kurangnya 2-0 atau 3-1 tetapi kebongkakkan Alex Ferguson yang hanya memerlukan keputusan seri untuk menang membiarkan terus keputusan menjadi seri dan lebih menyakitkan, ianya seri tanpa jaringan.
Jadi, MU meneruskan kejuaraan liga dengan kemenangan yang ke-18. Agak pedih untuk menerimanya tetapi keputusan telahpun tercatat. Kini MU menyamai rekod Liverpool dengan memenangi liga perdana Inggeris sebanyak 18 kali.
Liverpool tampil dengan kemenangan 2-0 ke atas West Bromwich Albion ahad lalu. Sungguhpun juara liga telah diketahui 24 jam sebelum itu tetapi semangat juang Liverpool masih belum padam dan setiap pemain dilihat masih memberikan komitmen yang tinggi. Dua gol hasil jaringan Steven Gerrard dan Dirk Kuyt mengesahkan Liverpool di tangga ke dua liga dan tiket ke liga juara-juara musim hadapan.
Liverpool akan bertemu Tottenham Hotspurs di White Hart Lane ahad ini sebagai perlawanan terakhir menutup tirai musim 2008/2009.

Monday, May 11, 2009

Baki 2 Perlawanan


Setelah menewaskan West Ham United di Upton Park, Liverpool kini berbaki 2 perlawanan sebelum menamatkan kempen liga untuk musim ini. Sama ada Liverpool akan tamat sebagai juara liga ataupun di tempat kedua, semuanya terserah kepada masa untuk menentukan.


Kejayaan menewaskan West Ham di gelanggang lawan melonjakkan Liverpool ke tangga teratas liga selama 24 jam sebelum Manchester United kembali merampas takhta setelah menewaskan Manchester City 2-0 di Old Trafford. Liverpool kini ketinggalan 3 mata dan mungkin menjadi 6 mata jika MU menewaskan Wigan Athletic rabu ini. Setelah itu MU hanya memerlukan mata seri bertemu Arsenal untuk menjadi juara liga musim ini.


Jika Liverpool ingin mejulang trofi liga untuk musim ini, Liverpool hanya boleh berharap agar MU membuat kesilapan di salah satu perlawanan sama ada bertemu Arsenal ataupun Wigan atau seri untuk kedua-dua perlwanan.


Walaupun begitu, MU dilihat tidak mengalami banyak masalah untuk menghadapi kedua-dua perlawanan ini dan masih menjadi pasukan pilihan untuk memenangi takhta liga musim ini. Ramai pengulas sukan berpendapat yang Liverpool boleh dan mampu menjadi juara liga tetapi bukan musim ini. Mungkin musim hadapan mahupun musim-musim yang akan datang.


Kapten Liverpool, Steven Gerrard berpendapat yang pasukannya mampu untuk menamatkan kemarau gelaran liga. Jika bukan musim ini, mungkin musim depan atau seterusnya. Tambah beliau lagi, pasukan bimbingannya kini dlilihat sebagai sebuah pasukan yang sempurna dan tidak memerlukan sebarang perubahan besar untuk musim hadapan.


Pemain tengah yang berusia 28 tahun itu berkata, jika beliau dan teman sepasukannya Fernando Torres sentiasa dapat bermain bersama dan kekal cergas, peminat-peminat akan dapat melihat lebih banyak gol dan kemenangan yang akan dicipta. Gerrard berjaya menjaringkan 2 gol pada perlawanan bertemu West Ham di mana salah satunya di bantu oleh Torres. - Scham

My Blog List