CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selamat Datang

Blog ini adalah mengenai perbincangan dan pendapat tentang perkembangan bolasepak, Liverpool FC terutamanya. Pengunjung-pengunjung blog ini dialu-alukan untuk memberi komen atau pendapat mengenai Liverpool FC, kelab-kelab lain atau perkembangan bolasepak..terima kasih. Sebarang pendapat atau komen anda amatlah dihargai.

Thursday, September 10, 2009

Saingan Baru EPL

Musim 2009/2010 kali ini memperlihatkan pelbagai kejutan dari segi pasukan dan setiap saingan yang ditunjukkan. Kelab-kelab seperti Liverpool, MU, Chelsea dan Arsenal kini berdepan dengan kelab-kelab baru yang agak mengejutkan baik dari segi permainan mahupun dari segi konsistensi. Kelab-kelab lama seperti Manchester City (terutamanya), Tottenham Hotspurs, Aston Villa dan lain-lain dilihat bagai mahu mengubah persepsi masyarakat yang selama ini menganggap EPL hanya dikuasai oleh empat kelab gergasi sahaja (big 4).

Pada perlawanan pembukaan, peminat-peminat bolasepak Inggeris sudahpun dikejutkan dengan kekalahan MU 0-1 kepada pendatang baru iaitu Burnley dan diikuti dengan kekalahan Liverpool kepada Spurs. Kelab lain seperti Man City dilihat semakin garang dengan barisan pemain baru mereka yang dilihat memiliki banyak pengalaman bermain bersama kelab-kelab besar sebelum ini.

Setakat ini hanya satu dari empat kelab gergasi yang masih mempertahankan status mereka. Chelsea masih kekal di tangga teratas liga dengan 12 mata dari 4 perlawanan. Arsenal sudahpun menjadi pasukan pertama bersama-sama MU membuka tirai sebagai perlawan Big 4 yang pertama dengan berkesudahan 2-1 dimana Arsenal tewas.

Walaupun saingan liga baru sahaja bermula tetapi telah banyak kejutan yang berlaku. Mungkin ini adalah musim yang paling hebat yang ditunggu-tunggu ataupun mungkin juga ini adalah musim yang paling membosankan untuk peminat-peminat Big 4?

Tuesday, August 25, 2009

Permulaan Yang Tidak Disangka

Rekod tanpa kalah Liverpool di tempat sendiri akhirnya tamat juga apabila tewas 3-1 dengan Aston Villa semalam. Kekalahan yang amat tidak dijangka ini bagai mendesak Liverpool untuk mencari jalan di manakah kekurangan dalam rentak permainan mereka. Bermula dengan kekalahan 2-1 di tangan Spurs pada permulaan saingan liga, Liverpool bangkit semula dengan menewaskan Stoke City 4-0 di gelanggang lawan.

Kekalahan ini bermula apabila Lucas Leiva terjaringkan gol sendiri pada minit ke 34. Kemudian ini disusuli pula dengan jaringan Curtis Davis pada minit ke 45. Fernando Torres menjaringkan gol pertama tuan rumah dan apabila Liverpool dilihat mampu untuk bangkit semula, Steven Gerrard menjatuhkan Nigel Reo-Coker di dalam kotak penalti dan disempurnakan oleh Ashley Young.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez berkata, Liverpool perlu menang dalam perlawanan menentang Bolton minggu hadapan. Kesan dari kekalahan hanya dapat ditangani dengan kemenangan.

Ramai yang berpendapat Liverpool mungkin tidak sehebat musim lalu tetapi musim ini baru sahaja bermula dan pelbagai perkara boleh berlaku di tengah-tengah musim. Liverpool kini mengumpul 3 mata dalam 3 perlawanan dan berada di tangga ke 11.

Thursday, July 9, 2009

Dilema Owen


Awal bulan ini, liga bolasepak Inggeris dikejutkan dengan perpindahan seorang bintang, Michael Owen dari Newcastle United ke Manchester United dengan kontrak selama 2 tahun. Satu perpindahan yang agak mengejutkan buat peminat-peminat liga bolasepak Inggeris, Liverpool terutamanya selain dari berita perpindahan bintang mereka Cristiano Ronaldo dan bintang AC Milan, Kaka ke Real Madrid.
Ramai penyokong-penyokong Liverpool termasuk saya sendiri, tidak menyangka seorang pemain yang dibesarkan dengan label Liver Bird di dadanya, sanggup menyertai pasukan yang menjadi musuh tradisi tempatnya dibesarkan. Sungguhpun dilihat semua ini sebagai satu permulaan yang baik bagi memperbaiki karier bolasepak owen, rata-rata Owen dilihat lebih mementingkan hak peribadinya sendiri.
Owen sepatutnya lebih memberi perhatian pada kelab lamanya dan lebih menghormati penyokong-penyokong Liverpool yang sentiasa menyokongnya walaupun beliau tidak lagi bermain untuk The Reds. Perpindahannya ke United ibarat mengkhianati kariernye sendiri dan ibarat statusnya sebagai salah seorang lagenda The Reds yang sebaris dengan Robbie Fowler dan yang lain-lain, tidak membawa sebarang erti baginya.
Owen, 30, berkata, 'ini ada peluang yang hebat bagi saya dan saya akan menyambutnya dengan kedua-dua belah tangan.
Owen sepatutya lebih menghormati penghormatan yang diberikan dari penyokong-penyokong Liverpool kepadanya. Saya sendiri sebagai salah seorang peminat Michael Owen kini kehilangan rasa itu dalam sekelip mata. Owen bukan lagi seorang lagenda The Reds, kini dia dilihat sebagai seorang pembelot The Reds.
Liver Bird di dadanya telah pun terbang pergi.

Monday, May 18, 2009

MU Lagi !!?


Setelah menempuhi satu musim liga yang penuh cabaran, akhirnya takhta liga jatuh ke tangan Manchester United (lagi). Agak mengecewakan saya sebagai seorang peminat Liverpool melihat pasukan saya yang berjuang bersungguh tetapi terpaksa berpuas hati di tangga kedua walaupun masih berbaki satu perlawanan.
Arsenal dilihat bagai dihina oleh MU yang mencatat keputusan seri tanpa jaringan sabtu lalu. Mengikut tahap permainan, MU sepatutnya boleh mencatat keputusan sekurang-kurangnya 2-0 atau 3-1 tetapi kebongkakkan Alex Ferguson yang hanya memerlukan keputusan seri untuk menang membiarkan terus keputusan menjadi seri dan lebih menyakitkan, ianya seri tanpa jaringan.
Jadi, MU meneruskan kejuaraan liga dengan kemenangan yang ke-18. Agak pedih untuk menerimanya tetapi keputusan telahpun tercatat. Kini MU menyamai rekod Liverpool dengan memenangi liga perdana Inggeris sebanyak 18 kali.
Liverpool tampil dengan kemenangan 2-0 ke atas West Bromwich Albion ahad lalu. Sungguhpun juara liga telah diketahui 24 jam sebelum itu tetapi semangat juang Liverpool masih belum padam dan setiap pemain dilihat masih memberikan komitmen yang tinggi. Dua gol hasil jaringan Steven Gerrard dan Dirk Kuyt mengesahkan Liverpool di tangga ke dua liga dan tiket ke liga juara-juara musim hadapan.
Liverpool akan bertemu Tottenham Hotspurs di White Hart Lane ahad ini sebagai perlawanan terakhir menutup tirai musim 2008/2009.

Monday, May 11, 2009

Baki 2 Perlawanan


Setelah menewaskan West Ham United di Upton Park, Liverpool kini berbaki 2 perlawanan sebelum menamatkan kempen liga untuk musim ini. Sama ada Liverpool akan tamat sebagai juara liga ataupun di tempat kedua, semuanya terserah kepada masa untuk menentukan.


Kejayaan menewaskan West Ham di gelanggang lawan melonjakkan Liverpool ke tangga teratas liga selama 24 jam sebelum Manchester United kembali merampas takhta setelah menewaskan Manchester City 2-0 di Old Trafford. Liverpool kini ketinggalan 3 mata dan mungkin menjadi 6 mata jika MU menewaskan Wigan Athletic rabu ini. Setelah itu MU hanya memerlukan mata seri bertemu Arsenal untuk menjadi juara liga musim ini.


Jika Liverpool ingin mejulang trofi liga untuk musim ini, Liverpool hanya boleh berharap agar MU membuat kesilapan di salah satu perlawanan sama ada bertemu Arsenal ataupun Wigan atau seri untuk kedua-dua perlwanan.


Walaupun begitu, MU dilihat tidak mengalami banyak masalah untuk menghadapi kedua-dua perlawanan ini dan masih menjadi pasukan pilihan untuk memenangi takhta liga musim ini. Ramai pengulas sukan berpendapat yang Liverpool boleh dan mampu menjadi juara liga tetapi bukan musim ini. Mungkin musim hadapan mahupun musim-musim yang akan datang.


Kapten Liverpool, Steven Gerrard berpendapat yang pasukannya mampu untuk menamatkan kemarau gelaran liga. Jika bukan musim ini, mungkin musim depan atau seterusnya. Tambah beliau lagi, pasukan bimbingannya kini dlilihat sebagai sebuah pasukan yang sempurna dan tidak memerlukan sebarang perubahan besar untuk musim hadapan.


Pemain tengah yang berusia 28 tahun itu berkata, jika beliau dan teman sepasukannya Fernando Torres sentiasa dapat bermain bersama dan kekal cergas, peminat-peminat akan dapat melihat lebih banyak gol dan kemenangan yang akan dicipta. Gerrard berjaya menjaringkan 2 gol pada perlawanan bertemu West Ham di mana salah satunya di bantu oleh Torres. - Scham

Wednesday, May 6, 2009

MU dan Barca

Setelah beberapa ketika, liga juara-juara Eropah sudahpun hampir tiba di kemuncaknya. Manchester United akan bertemu Barcelona di Rome hujung bulan ini. MU pada ketika ini dilihat amat berkuasa dengan menang mudah ke atas Arsenal untuk mara ke pusingan akhir manakala Barcelona pula terpaksa berhempas-pulas untuk menundukkan Chelsea di gelanggang lawan dan lebih bergantung kepada nasib atas pengendalian pengadil.



Walaupun begitu, Barcelona dilihat tidak mempamerkan corak permainan mereka yang sebenar. Tanpa kelibat Carles Puyol dan Theirry Henry, Barcelona seolah-olah turun sebagai satu pasukan biasa dan bukannya sebagai kelab gergasi Eropah. Barca perlu mengembalikan corak permainan mereka yang asal jika mahu menewaskan MU dan muncul sebagai pemenang. Jika corak permainan seperti menentang Chelsea masih dikekalkan, Barca perlu melupakan hasrat mereka untuk menjulang trofi sekali lagi.



Eric Abidal yang dibuang padang terpaksa melupakan pusingan akhir kali ini. Begitu juga dengan Daniel Alves yang digantung 1 perlawanan akibat menerima 2 kad kuning.

Tuesday, May 5, 2009

10 Tahun Hyypia



Mulai musim depan, pemain Liverpool yang sudahpun mencapai status lagenda akan meninggalkan Anfield dan mengikat kontrak bersama kelab gergasi Jerman, Bayer Leverkusen.


Pemain yang dimaksudkan, Sami Hyypia akan mengikat kontrak selama 2 tahun setelah satu dekad bersama Liverpool dan telah membantu The Reds menjulang beberapa buah piala yang penting termasuk Juara-Juara Eropah dan FA.


Pelbagai spekulasi timbul apabila pemain dari Finland itu bersetuju untuk meninggalkan Anfield namun Hyypia berkata, dia hanya mahu bermain dan tempatnya untuk bermain di Anfield amat terhad.


Semoga Hyypia berjaya di sana dan beliau akan terus berada di hati peminat-peminat Liverpool kerana beliau banyak berjasa dalam membantu The Reds.


Sunday, May 3, 2009

Gerrard Kembali



Tanpa kelibat Fernando Torres, Liverpool meneruskan kecemerlangan dengan menewaskan Newcastle United di Anfield hari ni. Perlawanan yang bermula dengan agak perlahan berakhir dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Yossi Benayoun, Dirk Kuyt dan Lucas Leiva.

Steven Gerrard yang terlepas beberapa perlawanan sebelum ini kembali ke kesebelasan utama dan sedikit membantu jentera serangan Liverpool yang banyak terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

Perlawanan pada hari ini dari pandangan saya, agak biasa sahaja corak permainannya. Tidak begitu memperlihatkan prestasi Liverpool yang sebenarnya. Beberapa cubaan dari Dirk Kuyt agak mudah untuk penjaga gol Newcastle dan Benayoun juga melepaskan banyak peluang yang baik. Begitu juga dengan Steven Gerrard, beberapa kali juga bola berada di 'favorite spot' nya, namun cubaannya jauh tersasar.

Xabi Alonso bermain dengan agak baik juga namun kedua-dua cubaannya mengenai tepat di palang gol. Namun beliau terpaksa dikeluarkan setelah dikasari pemain Newcastle, Joey Barton dan diganti oleh Lucas Leiva. Newcastle yang dibimbing Alan Shearer bermain 10 orang setelah Barton dikeluarkan, dihukum dengan gol ke 3 oleh Lucas.

Rafael Benitez berharap yang 'trio' Liverpool (Torres, Alonso & Mascherano) dapat bermain pada perlawanan bertemu West Ham United Ahad ini (9hb 5). Mascherano dikeluarkan pada minit-minit akhir setelah tercedera dikasari.

Liverpool kini dengan 77 mata, 3 mata dibelakang Manchester United (80) dan 3 mata di hadapan Chesea (74). -Scham

Thursday, April 23, 2009

Mujur Seri??

Agak kurang sesuai jika ayat itu di tafsirkan mengikut keadaan Liverpool sekarang yang mesti menang setiap perlawanan jika mahu terus bersaing dalam merebut piala liga. Tetapi seri 4 sama? Seri bukanlah sesuatu yang baik untuk masa ini. Walaupun peluang masih terbuka, tetapi ruangnya sudah semakin sempit.

Liverpool kini cuma boleh mengharap Manchester United tewas 1 perlawanan atau sekurang-kurangnya seri 1 perlawanan dan tidak ada kalah atau seri lagi untuk Liverpool. Chelsea walaubagaimanapun sudah menyerah kalah dalam saingan merebut takhta liga apabila seri tanpa jaringan bertemu Everton semalam. Guus Hiddink tidak lagi menumpu pada takhta liga dan mungkin Chelsea akan fokus pada liga juara-juara dan piala FA sahaja.

Liverpool akan bertemu Hull City di Kingston Communications Stadium sabtu ini dan ini merupakan pertemuan kedua mereka untuk musim ini setelah seri 2 sama pada pertemuan pertama.

Ini merupakan lawatan pertama Liverpool ke KC Stadium dan berharap dapat merebut 3 mata bersih dan terus menekan MU ke akhir musim.

Monday, April 20, 2009

VS Arsenal



Setelah terkeluar dari saingan liga juara-juara, Liverpool dapat menumpukan segalanya pada kempen memburu gelaran liga. Dengan baki beberapa lagi perlawanan, Liverpool akan melayan Arsenal di Anfield pada 21 hb ini (22hb mengikut waktu Malaysia).


Arsenal..dilihat pada ketika ini sebagai satu pasukan yang sedang berada di dalam tekanan. Walaupun menang bergaya dan layak ke separuh akhir liga juara-juara, tetapi tewas di tangan Chelsea pada saingan separuh akhir piala FA.


Oleh kerana itu, Arsenal akan menghadapi tekanan 'perlu menang' bagi mengenepikan badi kekalahan pada Chelsea dan seterusnya membuktikan mereka layak bersaing di separuh akhir liga juara-juara bertemu Manchester United.


Begitu juga dengan MU, setelah bermain 120 minit tanpa gol dan kalah dengan penentuan sepakan penalti di tangan Everton, MU perlu menepis badi dengan menewaskan Arsenal di separuh akhir liga juara-juara nanti.


Tekanan pastilah amat tinggi bagi kedua-dua pasukan dan peluang ini pastilah digunakan oleh Liverpool untuk terus menekan MU dalam merebut takhta liga yang ke 19. Liverpool yang sedang dalam situasi bangkit semula pastilah akan membuatkan Arsenal menjadi lebih tertekan.


Majalah Football Weekly meramalkan Liverpool yang menentang Arsenal akan menang dengan gol 2-1 tetapi saya meramalkan yang Liverpool akan menjaringkan lebih banyak gol. setidak-tidaknya 3 gol bersih keatas memandangkan tiada sebab untuk Liverpool kalah pada kali ini.


Saya agak tercuit hati apabila membaca artikel tentang kekalahan Arsenal pada separuh akhir piala FA lalu adalah disebabkan tentang keadaan padang, kata Arsene Wenger. Kenapa begitu? Kenapa beliau tidak menyalahkan pemain-pemainnya sendiri? Tetapi saya tidak terkejut, sudahpun menjadi 'trademark' Arsenal atau lebih tepat lagi Arsene Wenger menyalahkan pihak lain pada kekalahan sendiri. Ini memang dipersetujui oleh ramai pihak cuma kali ini saya agak tercuit kerana kali ini, padang Stadium Wembley yang terkenal pula yang disalahkan.
Liverpool mungkin akan menurunkan skuad kesebelasan utamanya walaupun belum pasti yang kapten Steven Gerrard sudahpun pulih 100%. Fernando Torres dijangka akan mengetuai jentera serangan dan dibantu oleh Javier Mascherano dan Xabi Alonso. - scham




Tuesday, April 14, 2009

Tragedi Hillsborough April 15 1989

Hari ini genaplah 20 tahun peristiwa hitam didalam sejarah bolasepak England, apabila 96 penyokong Liverpool maut di dalam tragedi di Hillsborough ketika separuh akhir piala FA diantara Liverpool dan Nottingham Forest.

96 penyokong Liverpool akan sentiasa diingati dan dihormati selama-lamanya.

Saya sebagai seorang penyokong Liverpool mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat kepada keluarga mangsa-mangsa tragedi di Hillsborough. - scham

You'll Never Walk Alone

Penyudah Yang Dramatik




4-4, satu jumlah yang agak besar untuk saingan liga juara-juara di peringkat suku akhir. Sungguhpun tewas, tetapi Liverpool membuktikan mereka mampu untuk menjaringkan gol di gelanggang lawan,walaupun berada di dalam keadaan yang tertekan.


Maka, tamatlah kempen liga juara-juara untuk Liverpool musim ini dengan aggregat 5-7.


Di mana agaknya kesilapan percaturan Rafael Benitez kali ini? Tidak, dari pandangan saya, segala taktik dan kemampuan telah pun berjaya digunakan dengan baik. Walaupun tanpa kapten Steven Gerrard, pemain-pemain lain masih mampu memberikan yang terbaik.


Inilah yang dikatakan nasib. Mungkin kali ini nasib dilihat lebih memihak kepada Chelsea walaupun Liverpool sudah mendahului dengan 2 gol dan hanya memerlukan 1 lagi gol untuk ke separuh akhir bertemu Barcelona. 2 gol awal oleh Fabio Aurelio dan Xabi Alonso dilihat sudah membuka ruang bagi Liverpool ke separuh akhir.


Dengan terkeluarnya Liverpool dari kempen liga juara-juara ini, fokus boleh lebih diberikan kepada saingan dalam merebut juara liga walaupun pasukan pilihan masih lagi kepada MU tetapi, Liverpool mempunyai kelebihan untuk memberi lebih tumpuan untuk baki perlawanan liga.


MU akan bertemu dengan FC Porto awal pagi esok dan nasib mereka masih menjadi tanda tanya memandangkan masing-masing (MU & Porto) mempunyai kelebihan yang sama.


Berbalik semula kepada tajuk asal tadi, saya agak berpuas hati dengan perlawanan ini walaupun Liverpool tewas. Setiap pemain dilihat memberikan yang terbaik walaupun terpaksa berhempas pulas. Hanya nasib sahaja yang tidak berpihak kepada Liverpool kali ini. - scham

Monday, April 13, 2009

Tagih Taji Torres


14 April, Tajuk diatas tu diambil dari tajuk bahagian sukan di akhbar harian Metro hari ni. Agak menarik juga tajuk tu sehingga saya terasa untuk membeli akhbar itu,memotong keratannya dan ditampal di dinding walaupun saya sudah membaca ceritanya di internet sebelum itu.
Apa yang dimaksudkan dengan Liverpool menagih 'taji' Torres itu? Tidak dinafikan, Liverpool pada ketika ini amat berharap pada prestasi dan kehebatan Torres untuk memberi tekanan pada Chelsea dan sekaligus mengubah merit kepada kemenangan di Stamford Bridge awal pagi esok.
Dengan keadaan kapten pasukan Steven Gerrard yang masih lagi dalam pengawasan akibat mengalami kecederaan di pangkal paha, Torres dilihat sebagai senjata tunggal yang akan mengetuai jentera serangan Liverpool. Javier Mascherano yang kembali setelah digantung satu perlawanan, akan sekali lagi bergandingan bersama Xabi Alonso di bahagian tengah.
Seperti yang dikatakan oleh Guus Hiddink, mereka sudah serik untuk melayan Liverpool dan akan mengambil pengajaran dari perlawanan lalu kerana Liverpool memiliki rekod yang cemerlang di peringkat Eropah. Rafael Benitez juga berkata, Liverpool tidak akan rugi apa-apa untuk perlawanan kali ni kerana Chelsea sahaja yang akan tertekan dengan tekanan 'mesti menang'. Jadi Liverpool akan menggunakan kesempatan ini untuk mengalahkan Chelsea.
Berbalik semula kepada tajuk awal tadi, Torres mengatakan Chelsea hanya akan bertahan sahaja untuk perlawanan timbal balik ini, namun penyerang Sepanyol itu berpendapat, Chelsea pasti akan cuba juga untuk menjaringkan gol dan kesempatan itu akan digunakan oleh Liverpool untuk menjaringkan gol.
Pada pendapat saya, untuk kelab yang berstatus seperti Chelsea, mereka pasti akan cuba untuk menunjukkan yang mereka bukanlah sebuah kelab yang hanya akan bertahan sahaja setelah mendapat tempat yang selesa. Kelab yang ego seperti mereka, pasti akan cuba menambah jaringan walaupun pada dasarnya mereka tahu itu satu langkah yang merbahaya lebih-lebih lagi dengan pasukan seperti Liverpool.
Apa pun, awal pagi esok akan menentukan keputusan sama ada Liverpool mampu mengulangi peristiwa yang tercatat di Istanbul 2005. - scham

Sunday, April 12, 2009

Chelsea Oh Chelsea...






Setelah mendahului 4-0, Chelsea dikejar sehingga mencapai keputusan 4-3 ketika menentang Bolton di gelanggang sendiri. Ini menunjukkan mereka mampu ditewaskan walaupun sudah mendahului dengan jumlah jaringan yang besar. Ini sedikit sebanyak memberi motivasi kepada pemain-pemain Liverpool yang akan datang ke Stamford Bridge selasa ini.

Chelsea dilihat semakin tertekan di saat-saat akhir dan Bolton hampir menyamakan kedudukan. Jika ini berlaku, Bolton akan menjadi pasukan yang disebut-sebut untuk setidak-tidaknya 2 hingga 3 musim. Namun begitu, syabas juga diucapkan untuk Bolton kerana mampu memberi tentangan yang hebat pada Chelsea.

Berbalik semula kepada tadi, Guus Hiddink dilihat sebagai pakar taktikal yang mampu menewaskan seorang lagi pakar taktikal iaitu Rafael Benitez, agak menjadi juga taktik Guus Hiddink pada permulaannya menentang Bolton, namun apa yang sudah terjadi pada babak separuh masa ke dua? 3 gol dilepaskan begitu sahaja dan hampir-hampir untuk melepaskan gol ke 4.

Keputusan ini tidak membanggakan jika saya adalah seorang penyokong Chelsea. Ini setidak-tidaknya memberi ruang kepada Liverpool untuk menewaskan Chelsea di gelanggang sendiri (Liverpool sudahpun menewaskan Chelsea di Stamford Bridge awal musim ini) atau paling tidak, mendapat keputusan yang baik.

Liverpool perlu menjaringkan 3 gol bersih jika ingin meneruskan cabaran dalam liga juara-juara. Satu tugas yang dilihat amat berat tetapi tidak bagi sebuah pasukan seperti Liverpool, jika MU atau Chelsea atau mungkin juga Arsenal, mereka mungkin sudah tidak memikirkan tentang kempen liga juara-juara lagi. - scham

Liverpool VS Blackburn

4-0, satu jumlah yang amat memberangsangkan selepas kekalahan mengejut kepada Chelsea beberapa hari lalu. 2 gol hasil jaringan Fernando Torres dan 2 lagi dari Daniel Agger dan David Ngog, membantu Liverpool menaikkan semula semangat sebelum bertemu Chelsea sekali lagi. Kemenangan ini menutup mulut beberapa pihak yang mengatakan Liverpool sudah sampai ke batasannya. Tidak dinafikan yang ramai mengatakan Liverpool akan sedikit tertekan dengan kekalahannya ditangan Chelsea. Namun semua itu dapat ditepis dengan kemenangan bersih keatas Blackburn semalam.
Tidak seperti Chelsea, mereka mendahului dengan 4-0 gol namun berjaya dikejar sehingga 4-3 dan hampir-hampir untuk menyamai keputusan seri menentang Bolton Wanderers. Adakah peminat-peminat Chelsea berpuas hati dengan ini? Sama seperti Manchester United, mereka menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-1. Ini menunjukkan yang anak-anak buah Alex Ferguson semakin tertekan dengan cabaran yang diberikan dari Liverpool.
MU dilihat masih lagi sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai piala liga musim ini namun Liverpool masih belum berputus asa untuk menekan MU hingga tamat musim ini.
Kini Torres dilihat sebagai pemain terbaik dunia dan mengubah spekulasi bahawa beliau hanya mampu menunjukkan taringnya dengan bantuan dari Steven Gerrard.- scham

Liverpool VS Chelsea


Kekalahan 3-1 ditangan Chelsea pada 8 hb 4 lalu agak mengejutkan segelintir peminat-peminat bolasepak baik di dalam mahupun di luar negara. Bagi saya juga selaku peminat fanatik Liverpool, kekalahan ini amat menyedihkan dan meninggalkan kesan, permulaan yang baik hasil dari jaringan Fernando Torres dilihat sebagai penamat untuk Chelsea terus melangkah ke separuh akhir. Tetapi kerana tersilap pertimbangan, Liverpool dikejutkan dengan jaringan Branislav Ivanovic disusuli pula dengan jaringan dari Didier Drogba.
Kekalahan ini dilihat bagaikan penamat kepada kempen Liga Juara-Juara bagi Liverpool, namun kebanyakan pemain Liverpool sendiri masih belum berputus asa. Peristiwa di Istanbul pada 2005 memberi semangat kepada pemain-pemain untuk meneruskan cabaran. Liverpool menjaringkan 3 gol dalam masa 45 minit pada ketika itu, dan kini, Liverpool mempunyai 90 minit untuk menjaringkan 3 gol lagi di Stamford Bridge.
Pada 14 hb ini, nasib akan menentukan pertemuan antara Liverpool dan Chelsea sekali lagi dan sebelum itu, Liverpool perlu melayani Blackburn Rovers di Anfield untuk mengembalikan semula maruah dan keyakinan sebelum ke Stamford Bridge. - scham

My Blog List