CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selamat Datang

Blog ini adalah mengenai perbincangan dan pendapat tentang perkembangan bolasepak, Liverpool FC terutamanya. Pengunjung-pengunjung blog ini dialu-alukan untuk memberi komen atau pendapat mengenai Liverpool FC, kelab-kelab lain atau perkembangan bolasepak..terima kasih. Sebarang pendapat atau komen anda amatlah dihargai.

Monday, May 18, 2009

MU Lagi !!?


Setelah menempuhi satu musim liga yang penuh cabaran, akhirnya takhta liga jatuh ke tangan Manchester United (lagi). Agak mengecewakan saya sebagai seorang peminat Liverpool melihat pasukan saya yang berjuang bersungguh tetapi terpaksa berpuas hati di tangga kedua walaupun masih berbaki satu perlawanan.
Arsenal dilihat bagai dihina oleh MU yang mencatat keputusan seri tanpa jaringan sabtu lalu. Mengikut tahap permainan, MU sepatutnya boleh mencatat keputusan sekurang-kurangnya 2-0 atau 3-1 tetapi kebongkakkan Alex Ferguson yang hanya memerlukan keputusan seri untuk menang membiarkan terus keputusan menjadi seri dan lebih menyakitkan, ianya seri tanpa jaringan.
Jadi, MU meneruskan kejuaraan liga dengan kemenangan yang ke-18. Agak pedih untuk menerimanya tetapi keputusan telahpun tercatat. Kini MU menyamai rekod Liverpool dengan memenangi liga perdana Inggeris sebanyak 18 kali.
Liverpool tampil dengan kemenangan 2-0 ke atas West Bromwich Albion ahad lalu. Sungguhpun juara liga telah diketahui 24 jam sebelum itu tetapi semangat juang Liverpool masih belum padam dan setiap pemain dilihat masih memberikan komitmen yang tinggi. Dua gol hasil jaringan Steven Gerrard dan Dirk Kuyt mengesahkan Liverpool di tangga ke dua liga dan tiket ke liga juara-juara musim hadapan.
Liverpool akan bertemu Tottenham Hotspurs di White Hart Lane ahad ini sebagai perlawanan terakhir menutup tirai musim 2008/2009.

Monday, May 11, 2009

Baki 2 Perlawanan


Setelah menewaskan West Ham United di Upton Park, Liverpool kini berbaki 2 perlawanan sebelum menamatkan kempen liga untuk musim ini. Sama ada Liverpool akan tamat sebagai juara liga ataupun di tempat kedua, semuanya terserah kepada masa untuk menentukan.


Kejayaan menewaskan West Ham di gelanggang lawan melonjakkan Liverpool ke tangga teratas liga selama 24 jam sebelum Manchester United kembali merampas takhta setelah menewaskan Manchester City 2-0 di Old Trafford. Liverpool kini ketinggalan 3 mata dan mungkin menjadi 6 mata jika MU menewaskan Wigan Athletic rabu ini. Setelah itu MU hanya memerlukan mata seri bertemu Arsenal untuk menjadi juara liga musim ini.


Jika Liverpool ingin mejulang trofi liga untuk musim ini, Liverpool hanya boleh berharap agar MU membuat kesilapan di salah satu perlawanan sama ada bertemu Arsenal ataupun Wigan atau seri untuk kedua-dua perlwanan.


Walaupun begitu, MU dilihat tidak mengalami banyak masalah untuk menghadapi kedua-dua perlawanan ini dan masih menjadi pasukan pilihan untuk memenangi takhta liga musim ini. Ramai pengulas sukan berpendapat yang Liverpool boleh dan mampu menjadi juara liga tetapi bukan musim ini. Mungkin musim hadapan mahupun musim-musim yang akan datang.


Kapten Liverpool, Steven Gerrard berpendapat yang pasukannya mampu untuk menamatkan kemarau gelaran liga. Jika bukan musim ini, mungkin musim depan atau seterusnya. Tambah beliau lagi, pasukan bimbingannya kini dlilihat sebagai sebuah pasukan yang sempurna dan tidak memerlukan sebarang perubahan besar untuk musim hadapan.


Pemain tengah yang berusia 28 tahun itu berkata, jika beliau dan teman sepasukannya Fernando Torres sentiasa dapat bermain bersama dan kekal cergas, peminat-peminat akan dapat melihat lebih banyak gol dan kemenangan yang akan dicipta. Gerrard berjaya menjaringkan 2 gol pada perlawanan bertemu West Ham di mana salah satunya di bantu oleh Torres. - Scham

Wednesday, May 6, 2009

MU dan Barca

Setelah beberapa ketika, liga juara-juara Eropah sudahpun hampir tiba di kemuncaknya. Manchester United akan bertemu Barcelona di Rome hujung bulan ini. MU pada ketika ini dilihat amat berkuasa dengan menang mudah ke atas Arsenal untuk mara ke pusingan akhir manakala Barcelona pula terpaksa berhempas-pulas untuk menundukkan Chelsea di gelanggang lawan dan lebih bergantung kepada nasib atas pengendalian pengadil.



Walaupun begitu, Barcelona dilihat tidak mempamerkan corak permainan mereka yang sebenar. Tanpa kelibat Carles Puyol dan Theirry Henry, Barcelona seolah-olah turun sebagai satu pasukan biasa dan bukannya sebagai kelab gergasi Eropah. Barca perlu mengembalikan corak permainan mereka yang asal jika mahu menewaskan MU dan muncul sebagai pemenang. Jika corak permainan seperti menentang Chelsea masih dikekalkan, Barca perlu melupakan hasrat mereka untuk menjulang trofi sekali lagi.



Eric Abidal yang dibuang padang terpaksa melupakan pusingan akhir kali ini. Begitu juga dengan Daniel Alves yang digantung 1 perlawanan akibat menerima 2 kad kuning.

Tuesday, May 5, 2009

10 Tahun Hyypia



Mulai musim depan, pemain Liverpool yang sudahpun mencapai status lagenda akan meninggalkan Anfield dan mengikat kontrak bersama kelab gergasi Jerman, Bayer Leverkusen.


Pemain yang dimaksudkan, Sami Hyypia akan mengikat kontrak selama 2 tahun setelah satu dekad bersama Liverpool dan telah membantu The Reds menjulang beberapa buah piala yang penting termasuk Juara-Juara Eropah dan FA.


Pelbagai spekulasi timbul apabila pemain dari Finland itu bersetuju untuk meninggalkan Anfield namun Hyypia berkata, dia hanya mahu bermain dan tempatnya untuk bermain di Anfield amat terhad.


Semoga Hyypia berjaya di sana dan beliau akan terus berada di hati peminat-peminat Liverpool kerana beliau banyak berjasa dalam membantu The Reds.


Sunday, May 3, 2009

Gerrard Kembali



Tanpa kelibat Fernando Torres, Liverpool meneruskan kecemerlangan dengan menewaskan Newcastle United di Anfield hari ni. Perlawanan yang bermula dengan agak perlahan berakhir dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Yossi Benayoun, Dirk Kuyt dan Lucas Leiva.

Steven Gerrard yang terlepas beberapa perlawanan sebelum ini kembali ke kesebelasan utama dan sedikit membantu jentera serangan Liverpool yang banyak terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

Perlawanan pada hari ini dari pandangan saya, agak biasa sahaja corak permainannya. Tidak begitu memperlihatkan prestasi Liverpool yang sebenarnya. Beberapa cubaan dari Dirk Kuyt agak mudah untuk penjaga gol Newcastle dan Benayoun juga melepaskan banyak peluang yang baik. Begitu juga dengan Steven Gerrard, beberapa kali juga bola berada di 'favorite spot' nya, namun cubaannya jauh tersasar.

Xabi Alonso bermain dengan agak baik juga namun kedua-dua cubaannya mengenai tepat di palang gol. Namun beliau terpaksa dikeluarkan setelah dikasari pemain Newcastle, Joey Barton dan diganti oleh Lucas Leiva. Newcastle yang dibimbing Alan Shearer bermain 10 orang setelah Barton dikeluarkan, dihukum dengan gol ke 3 oleh Lucas.

Rafael Benitez berharap yang 'trio' Liverpool (Torres, Alonso & Mascherano) dapat bermain pada perlawanan bertemu West Ham United Ahad ini (9hb 5). Mascherano dikeluarkan pada minit-minit akhir setelah tercedera dikasari.

Liverpool kini dengan 77 mata, 3 mata dibelakang Manchester United (80) dan 3 mata di hadapan Chesea (74). -Scham

My Blog List