CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selamat Datang

Blog ini adalah mengenai perbincangan dan pendapat tentang perkembangan bolasepak, Liverpool FC terutamanya. Pengunjung-pengunjung blog ini dialu-alukan untuk memberi komen atau pendapat mengenai Liverpool FC, kelab-kelab lain atau perkembangan bolasepak..terima kasih. Sebarang pendapat atau komen anda amatlah dihargai.

Tuesday, May 18, 2010

Piala Dunia 2010

Kurang sebulan lagi demam piala dunia di Afrika Selatan akan bermula. Rata-rata peminat bolasepak dunia sudah tidak sabar-sabar lagi menanti demam yang hanya melanda 4 tahun sekali ini. Setiap peminat sudahpun memilih pasukan pilihan. Kebanyakkan dari peminat tanah air masih meminati pasukan-pasukan pilihan seperti Brazil, England, Argentina, Itali dan lain-lain.

Bercakap mengenai pasukan-pasukan ini, Brazil telahpun merombak pasukan mereka, jurulatih Dunga mengekalkan pasukan yang bermain pada pusingan kelayakan. Bintang-bintang seperti Ronaldhino dan Ronaldo (Luis Nazario) dilihat diketepikan walaupun prestasi mereka masih dilihat agak bagus namun Dunga melihatnya dari sudut yang lain. Brazil walaupun agak perlahan sedikit ketika ini, namun mereka adalah kuasa besar di dalam arena bolasepak Amerika Selatan dan dunia. Pasukan-pasukan seperti ini adalah sukar untuk dijangkakan. Sukar untuk mengatakan yang mereka sudah hilang taring.

England pula bergelut di dalam kumpulan yang dilihat agak sukar. Walaupun dengan terdapatnya pemain-pemain seperti Wayne Rooney dan pemain-pemain bintang yang lain, konsistensi pasukan ini agak goyah.

Bagi Argentina, jurulatih Diego Maradonna pula sedang dalam proses membuktikan yang beliau layak sebagai seorang pengurus pasukan. Ramai yang mengatakan beliau tidak mampu menjadi pengurus yang baik walaupun ramai yang mengetahui beliau adalah seorang pemain yang hebat di zaman nya dan tiada sesiapa pun yang tidak mengenali nya serta jaringan 'tangan tuhannya'. Dengan kehadiran pemain-pemain seperti Lionel Messi, Sergio Aguero dan lain-lain, Argentina yang baru ini dilihat memiliki beberapa kelebihan yang tidak dimiliki oleh pasukan lain. Mampukah Messi membawa Argentina ke tahap yang sama seperti yang pernah dilakukan oleh jurulatihnya sebelum ini?

Selain dari pasukan-pasukan tadi, saya agak tertarik dengan perkembangan pasukan Sepanyol. Sepanyol yang juga juara piala Eropah 2008 diletakkan sebagai pasukan pilihan bersama-sama pasukan lain tadi. Dengan kehadiran pemain-pemain yang rata-ratanya bermain untuk kelab-kelab elit di dunia, Sepanyol patut diletakkan dalam pasukan yang mungkin akan menjuarai Piala Dunia kali ni, walaupun penyerang Liverpool Fernando Torres masih bergelut untuk dapat beraksi pada perlawanan pembukaan, kehadiran pemain lain seperti David Villa, Joan Capdevilla, Gerard Pique, Iniesta, Xavi, Casillas dan lain-lain. Kebanyakkan pemain-pemain ini pernah bermain pada piala Eropah lalu dan mereka bermain dengan kelab-kelab ternama seperti Real Madrid dan Barcelona. Namun, seperti pasukan-pasukan lain, mereka juga perlu sentiasa mengekalkan konsistensi jika ingin merebut kejuaraan. Jika Fernando Torres kembali cergas dan David Villa berada di tahap aktif, pasangan penyerang terbaik Eropah ini pasti akan menggegarkan Afrika Selatan.

Tuesday, May 11, 2010

Musim Yang Penuh Cabaran.

Setelah lama tidak menulis tentang perkembangan Liverpool dan kerenah liga bolasepak sekarang, akhirnya saya tergerak hati untuk menulis semula di dalam blog yang telah agak lama saya tinggalkan ini akibat kekurangan masa dan kelembapan situasi sekarang.

Apa yang menarik minat saya kali ini adalah mengenai piala dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi dan tamatnya liga Inggeris untuk musim ini. Seperti yang dijangka (walaupun tidaklah terlalu pelik) Chelsea berjaya merangkul gelaran juara dengan mata tipis mendahului MU. Ini bermakna, MU masih belum dapat mengatasi Liverpool dengan berkongsi 18 kali gelaran liga. Buat masa ini, gelaran kelab yang paling berjaya di Eropah masih kekal di Anfield. Liverpool pula hanya mampu menamatkan musim dengan tangga ke tujuh dan tanpa sebarang gelaran. Liverpool akan bermain untuk kelayakan piala Europa pada bulan Julai ini dan dari pandangan saya, ini merupakan satu tekanan dimana Liverpool juga perlu bersedia untuk perlawanan persediaan sebelum bermulanya musim baru.

Pencapaian Liverpool pada musim ini dilihat biasa sahaja. Tidaklah terlalu teruk jika seseorang itu telah mengikuti perkembangan Liverpool untuk sekian lama. Pencapaian Liverpool untuk musim ini bolehlah dikatakan 'biasa-biasa' sahaja. Dengan penyerang Fernando Torres yang sering mengalami kecederaan dan prestasi kapten Steven Gerrard yang agak hambar, Liverpool dilihat seperti hanya bergantung kepada pemain utama sahaja. Faktor kekurangan penyerang yang berpengalaman agak menyukarkan Liverpool meraih mata dengan hanya bergantung kepada pemain muda yang kurang pengalaman. Liverpool perlukan lebih pemain yang berpengalaman dan boleh berharap semasa ketiadaan pemain-pemain utama. Seperti contoh, apabila ketiadaan Torres, Liverpool seperti kehilangan arah untuk menyerang. David Ngog adalah pemain muda yang berbakat tetapi masih kurang pengalaman, beliau perlu bergantung kepada pemain lain. Tidak seperti Torres, pemain-pemain lain bergantung kepadanya.

Ketiadaan pemain penyerang lain dilihat seperti Liverpool bermain tanpa penyerang buat masa ini. Musim hadapan adalah diharapkan Liverpool dapat mencari pengganti sekiranya mereka bermain tanpa pemain-pemain utama.

My Blog List