Tanpa kelibat Fernando Torres, Liverpool meneruskan kecemerlangan dengan menewaskan Newcastle United di Anfield hari ni. Perlawanan yang bermula dengan agak perlahan berakhir dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Yossi Benayoun, Dirk Kuyt dan Lucas Leiva.
Steven Gerrard yang terlepas beberapa perlawanan sebelum ini kembali ke kesebelasan utama dan sedikit membantu jentera serangan Liverpool yang banyak terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol.
Perlawanan pada hari ini dari pandangan saya, agak biasa sahaja corak permainannya. Tidak begitu memperlihatkan prestasi Liverpool yang sebenarnya. Beberapa cubaan dari Dirk Kuyt agak mudah untuk penjaga gol Newcastle dan Benayoun juga melepaskan banyak peluang yang baik. Begitu juga dengan Steven Gerrard, beberapa kali juga bola berada di 'favorite spot' nya, namun cubaannya jauh tersasar.
Xabi Alonso bermain dengan agak baik juga namun kedua-dua cubaannya mengenai tepat di palang gol. Namun beliau terpaksa dikeluarkan setelah dikasari pemain Newcastle, Joey Barton dan diganti oleh Lucas Leiva. Newcastle yang dibimbing Alan Shearer bermain 10 orang setelah Barton dikeluarkan, dihukum dengan gol ke 3 oleh Lucas.
Rafael Benitez berharap yang 'trio' Liverpool (Torres, Alonso & Mascherano) dapat bermain pada perlawanan bertemu West Ham United Ahad ini (9hb 5). Mascherano dikeluarkan pada minit-minit akhir setelah tercedera dikasari.
Liverpool kini dengan 77 mata, 3 mata dibelakang Manchester United (80) dan 3 mata di hadapan Chesea (74). -Scham


0 comments:
Post a Comment