4-4, satu jumlah yang agak besar untuk saingan liga juara-juara di peringkat suku akhir. Sungguhpun tewas, tetapi Liverpool membuktikan mereka mampu untuk menjaringkan gol di gelanggang lawan,walaupun berada di dalam keadaan yang tertekan.
Maka, tamatlah kempen liga juara-juara untuk Liverpool musim ini dengan aggregat 5-7.
Di mana agaknya kesilapan percaturan Rafael Benitez kali ini? Tidak, dari pandangan saya, segala taktik dan kemampuan telah pun berjaya digunakan dengan baik. Walaupun tanpa kapten Steven Gerrard, pemain-pemain lain masih mampu memberikan yang terbaik.
Inilah yang dikatakan nasib. Mungkin kali ini nasib dilihat lebih memihak kepada Chelsea walaupun Liverpool sudah mendahului dengan 2 gol dan hanya memerlukan 1 lagi gol untuk ke separuh akhir bertemu Barcelona. 2 gol awal oleh Fabio Aurelio dan Xabi Alonso dilihat sudah membuka ruang bagi Liverpool ke separuh akhir.
Dengan terkeluarnya Liverpool dari kempen liga juara-juara ini, fokus boleh lebih diberikan kepada saingan dalam merebut juara liga walaupun pasukan pilihan masih lagi kepada MU tetapi, Liverpool mempunyai kelebihan untuk memberi lebih tumpuan untuk baki perlawanan liga.
MU akan bertemu dengan FC Porto awal pagi esok dan nasib mereka masih menjadi tanda tanya memandangkan masing-masing (MU & Porto) mempunyai kelebihan yang sama.
Berbalik semula kepada tajuk asal tadi, saya agak berpuas hati dengan perlawanan ini walaupun Liverpool tewas. Setiap pemain dilihat memberikan yang terbaik walaupun terpaksa berhempas pulas. Hanya nasib sahaja yang tidak berpihak kepada Liverpool kali ini. - scham


1 comments:
wah..bestnye awaknye post..i like matrempit
Post a Comment