CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selamat Datang

Blog ini adalah mengenai perbincangan dan pendapat tentang perkembangan bolasepak, Liverpool FC terutamanya. Pengunjung-pengunjung blog ini dialu-alukan untuk memberi komen atau pendapat mengenai Liverpool FC, kelab-kelab lain atau perkembangan bolasepak..terima kasih. Sebarang pendapat atau komen anda amatlah dihargai.

Monday, April 20, 2009

VS Arsenal



Setelah terkeluar dari saingan liga juara-juara, Liverpool dapat menumpukan segalanya pada kempen memburu gelaran liga. Dengan baki beberapa lagi perlawanan, Liverpool akan melayan Arsenal di Anfield pada 21 hb ini (22hb mengikut waktu Malaysia).


Arsenal..dilihat pada ketika ini sebagai satu pasukan yang sedang berada di dalam tekanan. Walaupun menang bergaya dan layak ke separuh akhir liga juara-juara, tetapi tewas di tangan Chelsea pada saingan separuh akhir piala FA.


Oleh kerana itu, Arsenal akan menghadapi tekanan 'perlu menang' bagi mengenepikan badi kekalahan pada Chelsea dan seterusnya membuktikan mereka layak bersaing di separuh akhir liga juara-juara bertemu Manchester United.


Begitu juga dengan MU, setelah bermain 120 minit tanpa gol dan kalah dengan penentuan sepakan penalti di tangan Everton, MU perlu menepis badi dengan menewaskan Arsenal di separuh akhir liga juara-juara nanti.


Tekanan pastilah amat tinggi bagi kedua-dua pasukan dan peluang ini pastilah digunakan oleh Liverpool untuk terus menekan MU dalam merebut takhta liga yang ke 19. Liverpool yang sedang dalam situasi bangkit semula pastilah akan membuatkan Arsenal menjadi lebih tertekan.


Majalah Football Weekly meramalkan Liverpool yang menentang Arsenal akan menang dengan gol 2-1 tetapi saya meramalkan yang Liverpool akan menjaringkan lebih banyak gol. setidak-tidaknya 3 gol bersih keatas memandangkan tiada sebab untuk Liverpool kalah pada kali ini.


Saya agak tercuit hati apabila membaca artikel tentang kekalahan Arsenal pada separuh akhir piala FA lalu adalah disebabkan tentang keadaan padang, kata Arsene Wenger. Kenapa begitu? Kenapa beliau tidak menyalahkan pemain-pemainnya sendiri? Tetapi saya tidak terkejut, sudahpun menjadi 'trademark' Arsenal atau lebih tepat lagi Arsene Wenger menyalahkan pihak lain pada kekalahan sendiri. Ini memang dipersetujui oleh ramai pihak cuma kali ini saya agak tercuit kerana kali ini, padang Stadium Wembley yang terkenal pula yang disalahkan.
Liverpool mungkin akan menurunkan skuad kesebelasan utamanya walaupun belum pasti yang kapten Steven Gerrard sudahpun pulih 100%. Fernando Torres dijangka akan mengetuai jentera serangan dan dibantu oleh Javier Mascherano dan Xabi Alonso. - scham




0 comments:

My Blog List